Friday, October 9, 2015

Setapak kedepan.

Salam and hi!

Kakjah baru balik dari Jekarda bebaru ni. Tapi alkisah gambar apa semua belum sampai angin rajin untuk transfer lagi, maka mari kita layan cite post jekarda dulu.

Sehari lepas touchdown, sengaja aku amik cuti lebih nak rehat-rehat. Ye la sampai dah tengah malam. Esok kalau masuk kerja terus mau terguling aku atas meja office. So hari tu cuma nak bangun lewat sikit, macam tahu-tahu je aku amik cuti badan aku atas flight tu dah mcam dedar-dedar sikit, sejuk gigil. Dah rasa tak sedap pun sebab tekak dah mula rasa berpasir and bengkak. Konpem nak sakit tekak ni. So hari cuti tu was Monday, bangun lambat sikit teman si gendut pegi kelinik untu checkup dia. Tapi maybe kitorang terlambat sikit so doc tak available dah untuk consultation, cuma at 430pm yang dia available walhal masa tu baru pukul 1130 pagi camtu. Okay.

Tarik napas, jangan panik. Moh ler kita pegi makan dulu. Plan kitorang lepas dari pegi klinik sebenarnya nak gi Intermark sebab nak beli backpack. So alang-alang sebelum tengahari ramai orang jum la makan dulu makanya. First time pegi Intermark ni. Ok-ok la. Kedai tak banyak pun maybe sebab baru? Ntah. Makan dulu kat foocourt dia, iols kan half korean so harus makan korean food. Sedap yeeeee! Nanti nak pergi lagi sebab teringat-ingat yumssss.

So dah setel lunch, terus gerak cari Sports Direct. Tak jauh pun, naik escalator dua tiga kali. Kedai dia mmg dekat tepi escalator je. So masuk tu dah mula rambang mata. Mau tidaknye.....


Picture credit to : http://norarineematsaaud.blogspot.my/
Tercangak-cangak memilih bag kata kau. Ntah la nape tinggi benor disangkutnya bag bag ni semua.

Memula berkenan dengan yang bawah ni. Noob kan, bajet pun ala cheapskate nak below 200 je. Tp agak-agakla ye pun. Yang bawah 200 memang lah ada. Cuma kecik la saiznya. Dalam 30L je. Yang bawah ni simple and kemas, kaler pun cantik (dasar pompuan kan, ciri-ciri gitu yang dipandangnye) harga pun takde mahal mana, tak silap RM189. 



Tapi bila tengok dalam dia, alahai keciknya (bagi aku la) sebab rasa macam letak baju seminggu pun tak lepas ni. Hehe. Kalau nak backpack dua tiga hari lepas kot. Unless mmg kau nak bawak baju sikit and pakai ulang-ulang.Backpackers tegar la gitu kan. Aku belum reti. HAHA!



Kecik bebenor...
Ada satu bag ni, besar capacity and below 200 tapi aku macam tak pernah dengar brand dia. Maybe aku yang noob ke apa taktau lah kan, But thats not the main point pun. Belakang dia ada macam besi utk tampung beban tu. Macamanalah aku nak explain, yang penting just imagine tempat strap belakang tu nampak besi ala2 mcm tempat tarik luggage tu (boleh explain gini? asal paham sudah!). Sebab kelihatan buruk, maka aku dengan angkuhnya menolak hahahha dasar pompuan!

Tengok-tengok lagi...

Macam overbudget...tapi cantikkk..tapi mahal....



And then aku nampak ni. Tapi aku berkenan warna lain which is black with striking green line. Lawaaaa sangat! Rasa anggun terus kalau bawak tu hahah. But then harga macam dah overbudget sangat tu. Terus call R mengadu....

"Kita suka satu bag ni... tak berapa besar, tak kecik. Just nice. Tapi mahal sgt.."

"Berapa tu? You suka ke?"

"269. Suka, just nice. lawa pun ye. Eeee dilemalah camnih"

"Amiklah. Kite belanja 100"


HEEEE i is happy! 



Bukak ni check 'telaga' dia dalam mana. Aku dengan si gendut tergelak macam orang gila pasal telaga ni. Amboi amboi mementang takde salesperson dok peratikan kau pilih barang kan. Selamba dek je kau terpekik terlolong situ. 

Nice la. Sebab dia tak terlalu besar and tak terlalu kecik jugak. Just nice. Rasanya ni 40L + 5 kot? Cant remember. Dah buat keputusan nak amik tu, tetiba............ aku ternampak sesuatu nun di atas sana...




Terus suruh akak tu amikkan. RM229, ini sudah bagus! Lebih murah! Tengok saiz - 65L okeh! Bawak orang pun lepas masuk ni. And yang penting padding tebal and padding tepi pun sama. Yakin sikit aku nak membawaknye. Kurang berkenan dengan tali2 tu but heck, lantak! Dari RM499 ke RM229, for me its a good bargain dah. 


Si gendut cuba cuba...


Pastu i iz konpius nak biru ke kelabu. Suruh dia pegang jap, buat muka!!


Cuba try test. Kita suka!
So lepas dekat sejam. Settle down with this je. Dah nak putus urat belikat aku rasa bertapa dalam tu sejam lebih. Free torchlight kecik warna pink lagi! Haha.Tapi sayang, rain cover takde. Takpe la bila dipikirkan balik, rain cover tu minor je kot utk traveller nubis macam kitorang ni sebab bukan selalu pakai outdoor or naik gunung pun. So rilekkk aje dulu. Maybe next month ke cari. 

Happy laaaa! At least one step further utk projek berjalan2 tahun depan! Yippie.

Balik tu beli barang banyak sikit. tak cukup tangan nak bawak. Apa lagi, sumbat semua dalam backpack! Hasilnya...



Berat nak mampus nauzubillah!

Si gendut kata......

"Mana kau, mana kau....aku nampak flying object je ni!"




Dia kalau tak konghaja memang tak sah!










1 comment :

  1. Aku ada beli backpack kat Vietnam, harga dlm Rm20 je kot (or Rm15? - ntah tak ingat). Punya la mak aku nego sampai dpt harga mcm tu, memang borong sampai 5-6 ketul haha. Sorang satu uols.

    Tapi aku menyesal tak beli satu laptop bag (tak ingat brand apa, but one of the top brands jugak la, counterfeit baik punya). It was a bright, bright pink (lawa gila babeng). Depa mintak USD20. Time tu aku rasa, damnnn mahal nak mamposssss. Tanak kasi kurang langsung!

    Pastu menyesal, sebab tgk harga yg original punya, dlm RM400+ LOLOL.

    Like damnnnnn, tak kisah la counterfeit ke apa, yg penting rupa dan quality sebijik!

    ReplyDelete

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.