Saturday, June 25, 2016

IPOH 2016 - PT. 3 - ACCOMODATION (THE ROOM) - ii



Salam and hi!

So mari kita sambung balik entri accommodation semalam. Sikit lagi nak sambung pasal WEIL Hotel ni before aku move on to activities selama dua hari ni and also few other bits of the hotel macam facilities and so on. Dua hari tu ingat sekejap je untuk release stress kononnya, tapi stress balik sebab tak cukup masa nak explore. Haha. Seriously kalau orang tanya aku, Ipoh best sebab food sedap-sedap. Tempat-tempat nak visit banyak dan dari segi sejarah pun best juga, walaupun aku tak berapa minat sejarah ni. 



Alright ayuh sambung yek. Atas tu pemandangan dari tingkap bilik kitorang. Tak nampak apa selain bumbung semata-mata haha. Tapi disebabkan design luar bangunan hotel ni nampak corak batu bata(macam pic atas ni) so actually mcm cantik jugak la. And tepi tingkap belakang langsir ni la paling ideal nak selfie sebab lighting lawa kahkahkah. Kaki selfie faham la yek!



Atas tu kati Gempal. Katil aku ofkos yang cozy tepi tingkap ittew, Harus la terjun yang tu supaya senang aku bukak luggage tepi tu. Haha. Pemikiran harus ke depan ya adik-adik. Senang aku nak capai baju campak segala kalau dah luggage kat tepi tu. Tak reti lah aku letak luggage dekat pintu nun, susah nak geledah cari barang! 


Haha tetiba gambor ni. Again ni semua input-input tertinggal from previous entry. So lantakkan aje. Akak tengah rajen ni baik kau layankan aje jangan banyak bunyik! Ingat senang ke nak resize gambar letak watermark bagai pastu pc hang pulak tunggu lagi yada yada yada.... Tak kan? Jadi, ayuh!

So this hotel provides basic toiletries macam Shower Gel, Shampoo and Conditioner. And I'm telling you, ni bukan cite tipu muslihat ke apa, the shampoo and conditioner are hands down the best kot. Conditioner dia especially, tak pekat or likat or licin macam normal conditioner.   And all of these, texture dia sangat light yet rasa bersih and rambut kau aku jamin rasa best gilaaaaaaaaaaaa lepas mandi wei. Pakkal dia lekat ke dinding takleh cabut, kalau tak gamaknya ada la terdetik nak angkut bawak balik. Si Gempal pun suka, in fact dia lagi keji sampai rasa nak pump masuk botol sampai habis AHAHAHA kejiiiii okay perangai!


We have complimentary drinks at their coffee house, namun adalah malas nak pegi terus so we decided pegi malam tu je. Sebelum tu, harus la keluar jalan-jalan dulu! :)

BANDARAYA IPOH FROM OUR LEVEL.


Sambung next entry on the makan-makan session okay!


Tell then,
Annekayra,


No comments :

Post a Comment

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.